Pencemaran Bau Diesel: Premis Terima Perintah Tahan Operasi

5 May 2022 • 8:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perintah itu dikeluarkan selepas siasatan dijalankan ke atas premis di sepanjang Sungai Semenyih. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan perintah penahanan operasi kelengkapan (POK) ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, perintah itu dikeluarkan selepas siasatan dijalankan ke atas premis di sepanjang Sungai Semenyih, terutama di Kawasan Perindustrian Beranang, Selangor.

Beliau berkata, sampel campuran minyak serta air dari premis itu turut diambil untuk siasatan lanjut.

“Tindakan di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dilakukan setelah memperoleh keputusan analisis kimia.

“Jika didapati bersalah, pihak premis boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga RM1,000 sehari bagi setiap hari kesalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, JAS akan meneruskan siasatan dan pemeriksaan ke atas semua premis yang berpotensi melakukan pencemaran tersebut serta tindakan tegas akan diambil ke atas premis yang menyebabkan pencemaran.

“Pemberi maklumat boleh diberi ganjaran di bawah Seksyen 48B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga tertangkapnya pelaku ini dan pemberi maklumat diberi perlindungan di bawah Seksyen 50A akta sama.”

Pada 1 Mei lalu, JAS menerima aduan pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih, susulan itu loji rawatan air Sungai Semenyih dihenti tugas kelmarin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved