(VIDEO) Netizen Kagum Anak Umur 9 Tahun Kumpul Duit Raya, Hadiahkan Ibu Cincin Emas

Entertainment
10 May 2022 • 5:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seringkali kita dengar tentang pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kerana perkara tersebut merupakan tanggungjawab yang wajib dijalankan apabila bergelar ibu bapa.

Namun, kali ini lain pula ceritanya apabila seorang kanak-kanak lelaki yang sanggup berkorban dengan bekerja dan mengumpul duit raya untuk membelikan emas ibunya.

Melalui perkongsian TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Yana, video yang dimuat naik itu telah berjaya menarik perhatian warganet oleh kerana pengorbanan kanak-kanak itu yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk membelikan ibunya barang kemas sebagai hadiah.

Selain itu, dikatakan kanak-kanak itu juga yang menandatangani resit dan bercakap sendiri dengan staf yang bekerja untuk membeli cincin bagi ibunya.

Tambahan pula, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang juga pemilik video TikTok itu memuji anaknya sebagai seorang yang tidak berkira dan mendoakan anaknya supaya dimurahkan rezeki.

Beralih ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan kanak-kanak itu dan berasa kagum dengan apa yang dilakukan hanya pada usia 9 tahun.

image is not availableimage is not available

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) Terlalu Rindu Arwah Ibu, Kanak-Kanak Menangis Di Sebelah Pusara Ibu Buat Warganet Rasa Sedih