4 telco belum sertai DNB, telefon 5G termurah Samsung, WhatsApp naik had 2GB & 512 ahli | SBM #66

Digital
11 May 2022 • 3:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Antara berita yang diketengahkan ialah boleh langgan Astro fibre tanpa Astro TV? Apple disiasat lagi kerana monopoli? Polis rampas kereta sebab nama isteri? Dan banyak banyak lagi berita lain yang dikongsikan, perinciannya seperti di bawah.

1. WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna

Membalas mesej di WhatsApp akan lebih menarik kerana sekarang ada reaksi emoji. Selain itu, WhatsApp juga telah menaik taraf had penghantaran fail dari 100MB kepada 2GB, serta had ahli kumpulan kepada 512 orang.

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Pelan internet Astro Fibre kini boleh dilanggan tanpa Astro TV

Astro kini menawarkan pelan internet Astro Fibre tanpa perlu melanggan pek Astro TV. Astro Fibre kini menawarkan pelan internet jalur lebar tetap dari serendah RM99/bulan. Kelajuan yang ditawarkan pula dari 50Mbps sehingga 800Mbps.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

3. Pengarah filem Shutter, Parkpoom Wongpoom menghasilkan filem seram baru yang dirakam dengan iPhone 13 Pro

Apple meneruskan lagi kempen Shot on iPhone mereka, kini dengan kerjasama pengarah filem seram terkemuka Thailand, Parkpoom Wongpoom. Dalam kerjasama ini, mereka menghasilkan filem pendek, ‘Those That Follow’ yang dirakam sepenuhnya dengan iPhone 13 Pro.

Ketahui lebih lanjut tentangnya di sini.

image is not available

4. Nama isteri didedikasi pada nombor plat, 3 kenderaan ini dirampas

Polis Terengganu telah merampas 3 kenderaan kerana dikatakan menggunakan nombor plat dengan nama isteri. Kesalahan mereka adalah tidak menggunakan nombor plat mengikut spesifikasi.

Maklumat penuh di sini.

image is not available

5. Samsung Galaxy M23 5G dilancar dengan diskaun RM200 pada hari ini sahaja

Samsung telah melancarkan telefon pintar 5G mampu milik baharu, Galaxy M23. Pada hari pertama jualan iaitu 5 Mei juga, diskaun sebanyak RM200 telah diberikan menjadikan harganya cuma RM1,099 berbanding harga rasmi RM1,299. Ini juga menjadikannya telefon 5G paling murah Samsung tahun ini.

Berita lanjut di sini.

image is not available

6. Apple disiasat kerana tak benarkan pihak ketiga hadir dengan pesaing kepada Apple Pay

EU telah memulakan siasatan terhadap Apple tentang dakwaan antipersaingan. Produk yang akan disiasat adalah Apple Pay apabila PayPal mengadu kepada pihak berkuasa itu tentang halangan yang dikenakan Apple kepada pembangun pihak ketiga. Ia kerana pembangun dihalang daripada menggunakan NFC pada produk Apple untuk pembayaran tanpa sentuh.

Laporan penuh di sini.

image is not available

7. Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?

Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mendedahkan bahawa hanya 2 syarikat telekomunikasi iaitu Yes dan TM telah menandatangani perjanjian pegangan ekuiti DNB. Empat lagi telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile masih belum berbuat demikian.

Ketahui sebabnya di sini.

image is not available