Apa penyelesaian kerajaan selepas keluar KWSP?

LocalPolitics
5 May 2022 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan penyelesaian kerajaan selepas pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.

Beliau berkata, ia kerana isu kos sara hidup rakyat terus meningkat.

“Ada yang mampu berdepan hari raya kerana buat keluaran KWSP.

“Tetapi sekarang pengeluaran dah habis guna beraya. Isu kos sara hidup terus meningkat.

“Apa penyelesaian kerajaan selain rakyat guna duit mereka sendiri?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved