PATI Merayu Minta Lepas Untuk Beraya, Kantoi Jawab Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat

12 May 2022 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia hari ini bukanlah perkara baru malah semakin membimbangkan.

Untuk bekerja di negara ini mereka sanggup menyusup masuk dengan apa cara sekalipun termasuk lorong tikus darat dan air.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik wartawan jenayah 999, Tun Hizami Hashim di TikTok, pendatang asing yang ditahan ketika serbuan cuba meraih simpati agar dilepaskan untuk menyambut Aidilfitri.

Difahamkan serbuan itu dilakukan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor pada 28 April lalu.

Salah seorang yang ditahan mengaku sebagai Myammar Islam namun ketika ditanya mengenai jumlah rakaat, dia menjawab Subuh sebanyak 4 rakaat dan Zohor sebanyak 12 rakaat.

Apa-apa pun semoga isu pendatang asing tanpa izin di Malaysia ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: TikTok Tun Hizami Hashim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article