Lelaki ditemukan maut di bilik hotel dengan kesan tembakan di dahi

4 May 2022 • 7:26 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang petang tadi, sejam selepas beliau mendaftar masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang semalam. Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Bernama