“Dia Lelaki Mana Boleh Pegang Peluk” – Netizen ‘Speechless’ Tengok DSV & Lucinta Luna ‘Menggeletis’ Di Pavilion

10 May 2022 • 5:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebut saja nama Dato Seri Vida atau mesra dipanggil DSV pasti ada saja cerita kurang senang yang kita dengar.

image is not available 2 bulan lalu

Ajak Netizen Tonton MV Untuk Kumpul ‘Saham Akhirat’, DSV Ditegur Jangan Tunggang Agama

Terbaru, video dimuat naik oleh jutawan kosmetik itu mendapat perhatian selepas ramai netizen mengkritik kelakuannya bersama rakan baik, Lucinta Luna.

Menerusi beberapa video berlainan di TikTok, DSV yang berpakaian serba merah itu dilihat berjalan di sekitar Pavilion bersama Lucinta yang menggayakan gaun berwarna hijau.

Namun, perangai mereka itu seperti ‘gila-gila’ yang gelak ketawa membuatkan netizen rasa meluat kerana dianggap memalukan.

Bukan itu sahaja, Lucinta yang gelak dengan nada suara ‘jantan’ turut terbaring atas lantai di luar dan dalam pusat membeli belah tersebut sambil diperhatikan orang ramai di sekeliling mereka.

Video berkenaan yang turut dimuat naik oleh ‘page’ lain di Instagram turut mendapat kecaman ramai warganet.

Menjengah ruangan komen Tiktok dan Instagram, rata-ratanya menasihati dan turut menegurnya bersentuhan serta berpelukan dengan individu berlainan jantina.

Segelintir netizen menegur DSV yang dikatakan berkelakukan tidak seiring dengan usianya selain turut berharap dia diberikan hidayah untuk bertaubat.

image is not availableimage is not available

View Original Article