Warga emas maut jatuh tingkat 14

31 May 2022 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan pangsapuri di Banda Hilir pada awal pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 67 tahun itu pada jam 8.50 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa memandu sebuah kereta ke pangsapuri berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan punca kematian masih diteruskan," katanya.

Tambahnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang sering sakit pernah memaklumkan kepada isterinya yang dia tidak mahu hidup lama.