Rumah terbuka negeri di sembilan daerah dalam tempoh seminggu mulai 15 Mei

11 May 2022 • 6:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran di semua sembilan daerah dalam tempoh seminggu bermula 15 Mei ini.

Program selama tiga jam itu yang diadakan pada sebelah petang atau malam bermula di Hulu Selangor akan diserikan dengan acara sumbangan duit raya dan persembahan seni.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan hadirin setelah dua tahun majlis rumah terbuka dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

  • 15 Mei, 2.30 petang
    Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan, Hulu Selangor
  • 16 Mei, 8 malam
    Ruang Parkir MPAJ Taman Melawati, Gombak
  • 17 Mei, 8 malam
    Kompleks Sukan Bangi, Hulu Langat
  • 18 Mei, 8 malam
    BBST Walk, Salak Tinggi, Sepang
  • 19 Mei, 8 malam
    Perkarangan Stadium Jugra, Kuala Langat
  • 20 Mei, 3 petang
    Stadium Tertutup, Kuala Selangor
  • 20 Mei, 8 malam
    Perkarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam
  • 21 Mei, 2.30 petang
    Petaling – akan diumum kemudian
  • 21 Mei, 8 malam
    Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang