“Apa Yang Dihadapi Bukan Sakit Biasa” – Terima Rawatan Bipolar Di Hospital, Peguam Yasin ‘Request’ Pakar HUKM

Politics
18 May 2022 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq telah hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi memberi sokongan moral kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkata dia gembira melihat keadaan Yasin yang kelihatan ceria dan tenang.

Menurut laporan Mstar, Yasin mengakui bahawa keadaan kesihatan dan penyakit Bipolar yang dihadapinya baik dan sudah menerima rawatan.

image is not available

Saya sihat, Alhamdulillah. Semuanya bagus… rawatan dah dapat.

Namun, peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff memaklumkan bahawa anak guamnya memberitahu dia hanya mendapatkan rawatan biasa sahaja dan bukan seperti dalam permohonan iaitu merujuk kepada pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Apa yang dihadapi Yasin ini bukanlah sakit biasa. Saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan.

image is not available

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu turut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers, serta Nurul Izzah Anuwar dan semua pihak yang memberi sokongan kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Saya Hadir Beri Sokongan" - Syed Saddiq Akhirnya Bersemuka Dengan Yasin