Tular video rosakkan kenderaan, polis siasat individu terlibat

25 May 2022 • 9:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Pihak polis mengesan beberapa individu yang terlibat dalam rakaman pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook sejak Selasa lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 4.40 petang di tepi jalan berhampiran Restoran Gula Apong di sini, sehingga melibatkan tindakan suspek yang merosakkan sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya mengesan video tular dipercayai berlaku pada 23 Mei lalu.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam rakaman berdurasi 19 saat itu, beberapa individu lelaki bertindak memukul kenderaan berwarna kuning ketika dipandu keluar ke laluan utama.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.