Lelaki lemas ketika halau lembu di sungai

7 May 2022 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BELURAN - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika menghalau lembu di Sungai Sugut, Kampung Botition di sini pada Khamis lalu.

Mangsa, Mohammad Nizam, 29, ditemukan pada jam 11.25 malam Jumaat di lokasi dia dilaporkan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang Khamis.

Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa bersama sepupunya dikenali sebagai Azalie, 34, lemas ketika berenang untuk menghalau lembu yang berada di dalam sungai terbabit.

"Mereka berdua menghalau lembu yang berada di sungai supaya naik ke darat sebelum dimasukkan ke dalam kandang.

"Selepas menghalau lembu berkenaan, sepupu mangsa segera berenang ke tepi sungai dan sempat menyelamatkan diri sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh oleh orang awam untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Bagaimanapun Rastam berkata, mangsa yang lemas tidak sempat berenang ke tepi sungai dan dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

"Usaha mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan sebelum mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam di lokasi kejadian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan mayat dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutnya. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.50 malam," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved