“Tak Ada Siapa Pandang” – Pelajar Menyesal Beli Kereta ‘H’, Sanggup Ulang-Alik Asalkan Orang ‘Notice’

Cars
27 May 2022 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki kereta mewah, ataupun sekadar cukup mempunyai kereta berjenama tempatan kerana lebih murah dan berbaloi.

Dalam satu perkongsian di Facebook ini, seorang individu yang juga merupakan seorang pelajar meluahkan rasa menyesal kerana telah membeli sebuah kereta berjenama Honda.

image is not available

Sumber : Facebook  

Kata individu itu, kehadirannya tetap tidak disedari sesiapa pun meskipun memandu kereta berjenama Honda itu di kampus.

Bukan nak cakap apa. Macam tak function je beli Honda City Hatchback RS ni. Saya student, masa tu parkir dekat depan kafe hosterl, Tak ada siapa pun pandang.

Tambahnya lagi, dia terpaksa ‘berlakon’ seperti berulang-alik ke keretanya supaya mendapat perhatian orang sekeliling, namun gagal.

Lepas masuk kafe hostel tu saya keluar balik pergi ke kereta, buat-buat macam barang tertinggal. Tapi sama je tak ramai pandang saya dan City RS saya ni.

Lelaki itu kemudiannya merasakan bahawa lebih baik dia membeli kereta Axia E sahaja kerana terasa membazir menjelaskan bayaran bulanan lebih RM1,000 namun tetap diendahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dengan rintihan lelaki itu yang kemudiannya dikongsikan semula penulis kewangan terkenal, Azizul Azli Ahmad di Facebooknya.

“Apa sangat lah kalau setakat H (Honda) ni. Nak orang pandang, cuba bawa kereta jenazah pergi kampus. Confirm semua terbeliak biji mata.” komen seorang netizen.

Namun begitu, ada juga yang menganggap luahan lelaki itu hanyalah sebagai gurauan kerana isu melibatkan kereta berjenama Honda ini sememangnya sering diperkatakan netizen sejak dahulu lagi.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO) "Terbaiklah Dik.." - Netizen Sebak Lihat Lelaki Sanggup Berkaki Ayam, Beri Selipar Pada Pak Cik Tepi Jalan