Johor Pinda Hari Kelepasan Am Kepada 4 Mei

2 May 2022 • 10:16 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Onn Hafiz - Gambar fail

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor bersetuju meminda cuti hari kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal hari ini kepada Rabu (4 Mei).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini.

"Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369)," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya hari ini.

Pada Rabu lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri Johor memberi cuti kelepasan am pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved