Sony Ingin Meningkatkan Pengeluaran PS5 Serta Memberikan Tumpuan Kepada Permainan PC Dan Mobil

TechnologyGamingDigital
26 May 2022 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adalah sukar untuk mendapatkan sebuah konsol Sony PlayStation 5 di Malaysia sekarang. Walaupun sudah dua tahun dilancarkan, ia jarang sekali boleh dibeli di pasaran terbuka dengan ia dijual pada harga yang melampau di pasaran tertiari. Oleh sebab isu rantaian bekalan, jualan PS5 di tahun kedua adalah lebih rendah berbanding PS4 di tahun keduanya.

image is not available

Sony menyedari akan isu ini dan bertekad untuk meningkatkan pengeluaran PS5 bagi menyelesaikan isu pengguna sukar membelinya. CEO Sony Interactive Entertainment CEO, Jim Ryan berkata Sony akan meningkatkan pengeluar PS5 ke tahap yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini.

Beliau turut mengatakan Sony akan turut memberikan tumpuan kepada menghasilkan lebih banyak permainan di platform PC dan peranti mudah alih di masa hadapan. Sebanyak 2/3 permainan yang dilancarkan Sony tahun ini adalah untuk konsol PS4 dan PS5. Baki 1/3 lagi adalah pada PC dan peranti mudah alih.