Garmin Vivosmart 5 dilancar dengan pemantau tidur tercanggih

Digital
23 May 2022 • 11:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin Malaysia baru-baru ini telah melancarkan gelang kecergasan terbaru mereka, Vivosmart 5 bagi menggantikan Vivosmart 4 yang dilancarkan 4 tahun lepas. Gelang pintar yang selesa dan mudah digunakan ini, kini dilengkapi dengan sistem pemantau tidur tercanggih Garmin.

Harga jualan

Orang ramai di Malaysia kini boleh mendapatkan Garmin Vivosmart 5 pada harga RM730 sahaja. Ia telah dijual di Stor Jenama Garmin dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia, serta atas talian di AECO e-store, Lazada dan Shopee.

image is not available

Spesifikasi Garmin Vivosmart 5

Garmin menghasilkan Vivosmart 5 sebagai pilihan yang lebih mudah digunakan pengguna untuk memantau kesihatan. Ia termasuk statistik kesihatan seperti Pulse OX, pemantau degupan jantung 24/7, tenaga Body Battery, pemantau tekanan minda harian dan lebih banyak lagi. Tanpa perlu membayar langganan tambahan.

Skrin Vivosmart 5 kini lebih cerah dengan penggunaan skrin OLED peka sentuhan. Badannya diperbuat daripada plastik polikarbonat manakala gelang boleh cabut diperbuat daripada getah.

image is not available

Vivosmart memiliki hayat bateri sehingga 7 hari dalam mod jam pintar. Ia juga kalis air sehingga 5ATM, menjadikannya sesuai digunakan semasa mandi atau berenang di kolam.

Peranti ini boleh dihubungkan ke telefon pintar Android atau iPhone menerusi aplikasi Garmin Connect. Aplikasi ini juga menyimpan lebih banyak data dan statistik pengguna untuk memahami tahap kecergasan badan dengan lebih baik.

Bagi aktiviti kecergasan, Vivosmart 5 boleh menjejak langkah, masa, kalori terbakar dan lebih lagi. Pengguna juga boleh memilih jenis kecergasan seperti berlari, berjalan, yoga, cardio dan banyak lagi. Bagaimanapun, Vivosmart 5 tidak memiliki GPS terbina di dalam tetapi ia masih boleh menjejak lokasi jika disambungkan ke GPS di telefon pintar.

image is not available

Garmin menyediakan tiga pilihan warna untuk Vivosmart 5 iaitu hijau mint, putih dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Vivosmart 5.

Bacaan Berkaitan