Featured photo by Bogdan condr on Unsplash
Sakit gigi boleh menjadi mimpi ngeri buat sesetengah orang. Manakan tidak, setiap kali sakit gigi menyerang peritnya nyeri sampai ke tulang.
Jika anda mengalami sakit gigi, boleh cuba beberapa petua ini. Namun harus diingatkan bahawa petua-petua di bawah bukanlah untuk merawat sebaliknya hanya untuk mengurangkan kesakitan.
Masalah sakit gigi kebiasaanya berpunca dari masalah gigi berlubang dan sebagainya. Sekiranya sakit tidak berkurang, dapatkanlah khidmat nasihat doktor gigi dengan kadar segera.
Featured photo by Bogdan condr on Unsplash
1. Guna bunga cengkih

Tidak hanya sekadar petua, ekstrak bunga cengkih sebenarnya mempunyai sifat anti-inflamasi, antimikrob, antioksidan dan analgesik. Sifat-sifat ini membolehkan ianya sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu pilihan rawatan pasca pencabutan gigi (Sumber).
Cara-caranya juga tidak rumit. Ambil sekitar 3-4 kuntum bunga cengkih dan lumatkan. Seterusnya, letakkan ke dalam gigi yang sakit dan kemudian tutup dengan kapas.
2. Guna gambir Sarawak
Umum sedia maklum dengan keistimewaan gambir sebagai penahan sakit (Sumber). Kini, penggunaan gambir Sarawak semakin dikomersialkan menjadi produk-produk yang mudah untuk didapati.
Selain kepingan, gambir Sarawak juga boleh didapati dalam bentuk cecair kerana ianya lebih praktikal dan mudah untuk digunakan. Untuk mengurangkan sakit gigi, titiklah beberapa titis gambir Sarawak ke dalam gigi yang sakit. Mudah-mudahkan sakitnya hilang.
3. Guna daun sireh tua

Selain gambir Sarawak, daun sireh juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi. Ambil beberapa helai daun sireh yang tua dan kemudian rebuskan dengan 3 cawan air kosong.
Usai sejuk, tapiskan air rebusan tersebut dan berkumurlah. Boleh ulang beberapa kali dan sakit gigi akan hilang secara beransur-ansur.
4. Guna bawang putih dan garam

Ini cara paling simple dan apa yang paling penting bahan-bahannya juga mudah serta murah untuk didapati.
Tumbuk lumat bawang putih bersama garam dan kemudian letakkan di kawasan gigi yang sakit. Berdasarkan beberapa maklumbalas ramai, sakit gigi akan semakin lama semakin berkurang.
5. Guna esen vanilla
Esen vanilla bukan sahaja untuk pembuatan kek, malah ianya juga berguna untuk mengurangkan sakit gigi. Petua ini sering dikongsikan warganet di laman-laman sosial media.
Anda hanya perlukan cotton buds dan juga sedikit esen vanilla yang boleh dibeli di kedai-kedai bakeri mahupun di kedai runcit. Cara penggunaan juga sangat mudah; celupkan cotton buds ke dalam esen vanilla dan sapukan di kawasan yang sakit. Selepas beberapa minit, kesakitan tersebut akan berkurangan.
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.



