IKEA antara yang terawal lancar produk Matter, piawaian smart home terbaharu

Design
26 May 2022 • 2:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

IKEA terus memperkaya penawaran produk-produk IoT. Kali ini mereka mengumumkan sebuah hab untuk kediaman pintar yang dinamakan Dirigera bersama-sama satu APP telefon pintar untuk mengawalnya.

image is not available
IKEA Dirigera

Produk yang baru dilancarkan ini berbeza dengan hab Tradfri sedia ada kerana Dirigera menyokong piawian Matter sedangkan Tradfri adalah menggunakan protocol priopriateri IKEA.

Matter adalah satu piawaian untuk produk-produk kediaman pintar yang diwujudkan oleh satu konsotium. Konsortium tersebut diasaskan oleh Amazon, Apple, Google, Comcast, dan Zigbee. Apabila sesuatu produk itu menyokong piawian Matter, ia boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dihasilkan oleh pengeluar yang berbeza.

image is not available
IKEA Tradfri

Matter masih belum diumumkan secara rasmi tapi dijangka dipernalkan dalam bulan Oktober 2022 kelak. Makanya, Dirigera dilihat sebagai usaha IKEA untuk jadi antara yang terawal menyertai ekosistem itu.

image is not available

Apabila dijual kelak, anda boleh jangkakan lebih banyak produk IoT IKEA yang boleh berhubung dengan Dirigera dan seterusnya dikawal menerusi Internet. Ia tidaklah bermakna produk IoT IKEA yang dijual sekarang akan jadi lapuk.

IKEA memberi jaminan yang semua produk IoT sedia ada akan menyokong Matter.

Sumber: IKEA