
BEAUFORT: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini menambah satu lagi nombor untuk memastikan ia menerima semua panggilan kecemasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, nombor baharu itu seiring dengan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.
Nombor baharu itu iaitu nombor telefon bimbit adalah 019-2448723, sementara talian tetap BBP Beaufort ialah 087-212025.
“Dengan ini, masyarakat dapat melaporkan sebarang kejadian melalui WhatsApp ke nombor baharu ini,” katanya.
Mohammad Hasbullah juga berkata ia juga akan membolehkan pemanggil menghantar lokasi melalui Google Maps untuk memastikan ketepatan lokasi kejadian.
Beliau berkata pemanggil juga boleh menghantar gambar kejadian agar pihak bomba dapat menilai kes mana harus diutamakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
