2 maut tayar jentolak meletup di India

5 May 2022 • 7:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Dua maut selepas tayar jentolak tiba-tiba meletop di sebuah bengkel kenderaan di Chhattisgarh, India.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku pada Selasa di daerah Raipur, Chhattisgarh dan kejadian turut dirakam kamera litar tertutup, lapor Xinhua.

Rakaman video menunjukkan seorang pekerja duduk di atas tayar itu ketika sedang mengisi angin manakala seorang lagi lelaki menekan tayar itu beberapa kali.

Mangsa dikenali pasti berasal dari daerah Rewa di Madhya Pradesh dan polis sedang menjalankan siasatan. - Bernama