Barang Beli Atas-Talian Tetapi Lambat Sampai Sebab Kurier? Anda Boleh Failkan Aduan Kepada SKMM

TechnologyDigital
13 May 2022 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, ramai yang aktif membeli secara atas-talian, dan salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila barangan yang ditempah mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah anda.

Kadang-kala, masalah ini timbul disebabkan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran yang mengambil masa sangat lama untuk menghantar daripada lokasi mereka ke alamat pengguna.

Untuk makluman, bagi anda yang terjejas, anda boleh lakukan aduan terus kepada pihak berkuasa SKMM.

Untuk tujuan tersebut, hanya buka laman ADUAN SKMM hari ini, dan seterusnya pilih Jenis Aduan kepada Complaint, dan Jenis Perkhidmatan kepada Postal/Courier Services.

Seterusnya, pilih kategori Postal & Courier Service, seterusnya subkategori Late Delivery.

image is not available

Seterusnya, pilih nama pembekal perkhidmatan penghantaran tersebut – seperti J&T, Pos Laju, dan pelbagai nama penyedia perkhidmatan yang lain.

Dibawah borang berkenaan, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat aduan, dan menghantar kepada pihak SKMM.

Dengan melaporkan kesalahan penyedia perkhidmatan, ia akan membantu pihak berkuasa dalam mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan – sekaligus memastikan hak pengguna terus terjamin.