Man City Lebarkan Jurang Di Puncak Liga

Football
12 May 2022 • 8:55 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
De Bruyne membawa pulang bola permainan selepas menjaringkan empat gol menentang Wolves. - Gambar AFP

LONDON - Manchester City membenam Wolves 5-1 awal pagi tadi dengan Kevin De Bruyne menjaringkan empat gol untuk melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris kepada tiga mata.

Pasukan di tangga kedua Liverpool menyamakan jumlah mata selepas menang 2-1 ke atas Aston Villa pada Rabu.

Persembahan hebat De Bruyne memastikan pasukan kendalian Pep Guardiola memberikan respon terbaik dengan saingan untuk mahkota liga semakin sampai ke penghujung.

Raheem Sterling melengkapkan jaringan buat City dengan Leander Dendoncker menjaringkan gol tunggal buat Wolves.

“Tidak dapat dihalang, cemerlang, hebat, luar biasa, sempurna!

“Beliau mempunyai kebolehan untuk mencipta peluang yang istimewa.

“Jumlah golnya musim ini adalah yang terbanyak sejak saya mengendalikan pasukan ini,” kata Guardiola tentang De Bruyne. - AFP

Keputusan lain:

Leeds 0 Chelsea 3

Leicester 3 Norwich 0

Watford 0 Everton 0

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved