Hampir RM82,000 jualan produk pelancongan Melaka diraih di MATTA Fair Perak

23 May 2022 • 4:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Hampir RM82,000 hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel di Melaka, diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lepas.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pameran berkenaan disertai tujuh pemain industri pelancongan di Melaka antaranya A’Famosa Resort Melaka, Perbadanan Muzium Melaka, Melaka River Cruise dan Zoo Melaka and Night Safari.

“Sebanyak 1,292 tiket melibatkan produk pelancongan di Melaka berjaya dijual dan manakala 286 tempahan bilik diterima pemain industri yang terlibat pada pameran itu.

“Penyertaan pemain industri pelancongan negeri ini pada pameran itu merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan produk pelancongan yang ada, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved