
SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mencadangkan parti itu menggunakan emosi dan kemarahan rakyat untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kekal berkuasa selepas 'Langkah Sheraton'.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, strategi itu bagi memastikan PH tidak melupakan idealisme mereka supaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, parti itu tidak bergantung kepada watak-watak yang melompat parti.
"Pada masa itu kemarahan rakyat tertumpu kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengkhianati mandat rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar? yang turut menampilkan seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL

