Tidak Terlalu Melayu Mahupun Cina – Filem Kongsi Raya (2022) #SentuhHati

Movie
11 May 2022 • 11:00 AM MYT
KadangKaler
KadangKaler

Menulis kerana mindaku selalu berbicara, lantas kuluahkan dengan tulisan.

Kisah hubungan campur yang tidak canggung. Kredit foto: freemalaysiatoday.com

Hari Raya Ketiga

Saya belek aplikasi Netflix di telefon. Terlihat poster satu filem bertajuk Kongsi Raya. “Menarik.” bisik hati saya. Tapi tak terlintas untuk ditonton terus saat itu.

Saya fikir, “Nantilah, bila-bila sempat boleh tengok. Kalau tak sempat pun tak apa.” Selalunya kalau begitu memang tak akan saya tonton sampai ke sudah.

Petang Raya Keempat

Saya intai lagi sekali sang Netflix. Skrol dan skrol, ternampak lagi sekali poster filem Kongsi Raya. Belek jam, “Oh, ada masa ni kalau nak tengok.”

Butang ‘play‘ ditekan. Filem bermula dengan adegan ahli keluarga bersalaman, beramah mesra. Terlihat cucu lelaki kacukan Melayu dan Cina. Ibu ayahnya – anak lelaki keluarga Cina yang berkahwin dengan anak perempuan keluarga Melayu.

Tanggapan awal saya – ini pasti akan menjadi filem dengan adegan-adegan atau dialog-dialog janggal. Kenapa? Kerana menurut pengalaman saya menonton filem-filem pasangan campur pasti akan ada momen-momen janggal yang membuatkan saya tertumpang malu bila menontonnya.

Berjayakah filem ini menambat hati penulis? Kredit foto: imdb.com

Barangkali kecanggungan itu tidak dapat dielak kerana adanya faktor perbezaan budaya. Bahkan kecanggungan itu jugalah yang menjadi daya penarik sesebuah filem yang bertemakan hubungan campur.

Sedar tak sedar, saya berjaya habiskan menonton filem ini.

Hasilnya?

Saya lega. Filem ini tidak terasa canggung. Bezanya Kongsi Raya berbanding filem hubungan campur yang saya tonton sebelum ini adalah kebijaksanaan Pengarah, Teddy Chin menterjemah persamaan dan perbezaan budaya Melayu-Cina menjadi interaksi semulajadi yang harmoni.

Antara perkara yang saya suka dalam kisah ini adalah kebolehan watak utama wanita, Sharifah (Sherry) si wanita Melayu yang boleh berbahasa Cina.

Jika dilihat pada tajuk artikel, ini yang saya maksudkan dengan sifat filem Kongsi Raya yang tidak terlalu Melayu mahupun Cina.

Sebelum anda membuat spekulasi yang saya anti-Melayu, anti-Cina atau sebagainya, perlu saya justifikasikan di sini bahawa maksud saya di situ adalah filem ini lebih seimbang dalam memaparkan budaya keduanya.

Seringkali kita lihat filem yang lebih berat penggunaan bahasa atau budaya sesuatu kaum.

Di filem ini saya dapat merasai keseimbangan kedua-duanya. Jack, watak lelaki utama, si lelaki Cina yang turut fasih berbahasa Melayu. Suka saya melihat apabila pasangan Sherry dan Jack ini berbicara – mereka menggunakan kesemua Bahasa Melayu, Cina tambahan Inggeris yang membuatkan interaksi mereka terasa seimbang.

Ini membuatkan saya berasa filem ini sangat #heartwarming, sangat Malaysia untuk ditonton.

Pemain Watak yang Sesuai

Satu lagi yang saya suka dengan Kongsi Raya adalah kesesuaian pemain-pemain wataknya.

Gabungan pasangan ibu bapa berbangsa Cina (Kin Wah Chew dan Ai Leng Ong) serta Harith Iskander dan Erra Fazira sebagai pasangan ibu bapa berbangsa Melayu sangat menjadi.

Pujian juga buat gandingan Qasrina Karim dan Wilson Lee yang menghidupkan watak pasangan yang saling mencintai satu sama lain.

Tidak lengkap rasanya tulisan ini jika saya tidak menyebut watak kegemaran saya dalam kisah ini, iaitu abang kepada watak Jack yang dimainkan oleh pengarah filem ini sendiri, Teddy Chin. Tak hairanlah watak Teddy sangat menjadi kerana dialah ‘dalang’ yang menghasilkan filem ini.

Kenapa Perlu Tonton?

Kerana jalan ceritanya yang unik, dengan adegan-adegan kelakar, watak-watak yang hidup dan terasa dekat dengan jiwa kita rakyat Malaysia.

Harapan Penulis

Saya harap akan ada lebih banyak lagi karya-karya seni yang mengetengahkan interaksi pelbagai kaum dalam Malaysia dihasilkan oleh penggiat seni tanah air.

Mungkin akan datang kita akan melihat kisah kaum-kaum lain di Malaysia pula seperti masyarakat India, Iban, Bidayuh, Siam, Peranakan, Serani dan banyak lagi yang tidak tertulis di sini?

Serta tidak semestinya kita Sinilah cara untuk menyertai kempen ini tentang hubungan romantis sahaja. Bahkan banyak lagi kisah-kisah masyarakat boleh dirungkai, dijadikan jalan cerita menarik yang boleh dibawa ke depan.

Akhir kata, terima kasih kalian yang membaca hasil tulisan saya setakat ini. Semoga berjumpa di artikel yang lain.


Jom sertai kempen #SentuhHati Newswav dan menangi sebanyak RM10,000 tunai! Berminat? Sinilah cara untuk menyertai kempen ini.


KadangKaler adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.