Gaji minima RM1500, baik atau tidak baik?

26 May 2022 • 10:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Gaji minima RM1500, baik atau tidak baik?

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Baru – baru ini negara Malaysia telah menerima berita yang memberi kesan kepada pihak majikan dan pekerja iaitu pihak kerajaan telah memutuskan untuk membuat kenaikan gaji minima seluruh negara berkuatkuasa 1 Mei 2022. Ia telah disiarkan melalui kenyataan media Kementerian Sumber Manusia melalui Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 yang dibuat pada 27 April 2022. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negative daripada pelbagai pihak kerana ia melibatkan jutaan pekerja yang mengharapkan perkara ini. Di sini saya kongsikan beberapa pendapat saya tentang kenaikan gaji minima ini.

Satu berita baik kepada penggangur dan pekerja

Sebagai seorang penggangur, semestinya kita mengharapkan kerja yang memberi gaji yang setimpal dengan kelulusan akademik atau pengalaman kita. Bagi yang mempunyai sijil SPM, gaji minima RM1500 adalah sangat memuaskan dan dapat membina kehidupan sebagai seorang pencari rezeki. Beza RM300 berbanding RM1200 sebelum ini boleh digunakan untuk pelbagai perbelanjaan seperti bayaran utiliti dan sewa rumah. Ia juga boleh membina perkembangan gaji yang baik kerana kenaikan gaji selalunya dikira dengan gaji kasar mereka. Ia dapat memberi lebih kurang 15%-20% perkembangan berbanding sebelum ini.

Bebanan atau berita baik bagi majikan

Majikan yang mempunyai status kewangan dan jualan yang baik tidak akan mengeluh dengan berita ini, malah mereka lebih suka kerana mereka mudah untuk menarik minat pekerja baru untuk bekerja dengan mereka. Dengan adanya staf yang lebih ramai akan menaikkan produksi produk dan perkhidmatan, secara langsung dapat meningkatkan keuntungan syarikat dengan berganda.

Bagi syarikat yang baru atau mempunyai lima pekerja dan ke bawah akan merasai impak ini kerana jualan mereka sebulan tidak besar. Jika dikira seorang pekerja akan menelan kenaikan kos gaji RM300, maka lima orang akan menelan RM1500 sebulan. Mereka sangat terkesan kerana bagi satu syarikat kecil dan sederhana, RM1500 sangat bernilai dan boleh digunakan untuk menampung kos operasi bulanan mereka. Namun, mereka harus menukar strategi jualan dan menyelami dengan teliti keputusan seterusnya bagi menjadikan berita ini satu peluang untuk mereka melonjakkan perniagaan mereka kepada lebih besar.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.