Raiola sah meninggal dunia

Football
1 May 2022 • 7:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MINO Raiola, seorang daripada ejen bola sepak paling berkuasa dengan mewakili pemain hebat termasuk Paul Pogba dan Erling Haaland, meninggal dunia pada usia 54 tahun, kata keluarganya pada Ahad.

"Dalam kesedihan kami berkongsi berita kematian ejen bola sepak paling baik dan menakjubkan," kata keluarga ejen dari Itali itu menerusi Twitter.

"Mino bertarung hingga penamat dengan kekuatan yang sama seperti ditunjukkan di meja rundingan untuk mempertahankan pemainnya. Seperti biasa Mino membuatkan kami bangga dan tidak pernah menyedarinya."

Keluarga Raiola tidak memberitahu penyakit dialaminya tetapi dia berada di Hospital San Raffaele dekat Milan bagi mendapatkan rawatan.

Dua hari lalu media Itali melaporkan dia meninggal dunia, namun agensi miliknya, ketua jabatan unit rawatan rapi San Raffaele dan Riola sendiri menafikan laporan itu. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved