Lebih 22.9 juta penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

24 May 2022 • 2:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Sebanyak 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 16,082,337 atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,144 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,641 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 1,126,026 atau 31.7 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) manakala sejumlah 1,679,475 atau 47.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 8.435 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,852 suntikan penggalak, 3,316 dos kedua dan 3,267 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,813,162.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam direkodkan di Selangor.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved