Cara menjimatkan elektrik jangka masa panjang

Home & Living
30 May 2022 • 10:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Cara menjimatkan elektrik jangka masa panjang

Photo by Jan van der Wolf by Pexels

Di Malaysia, kita hanya mempunyai tiga pembekal elektrik terbesar, iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy. Namun, di Semenanjung Malaysia kita hanya menggunakan TNB. Kadar elektrik di negara kita juga agak rendah berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Akan tetapi kadar isi rumah kediaman dan perniagaan adalah berbeza berikutan jenis premis dan tujuan premis diduduki. Menjadi satu keutamaan sebagai penghuni rumah untuk menggunakan perkhidmatan elektrik pada zaman sekarang.

Bagi sesetengah keluarga, elektrik menjadi satu bebanan dan menanggung kos yang tinggi berbanding rumah kediaman yang lain. Walaupun sudah menjadi keperluan harian, tetapi kita boleh berjimat untuk jangka masa panjang. Di sini saya kongsikan beberapa cara yang untuk penjimatan korang.

Beli alatan elektrik lima bintang

Bagi negara Malaysia, setiap peralatan elektrik akan diluluskan oleh SIRIM Berhad, iaitu agensi yang mengesahkan alatan tersebut selamat digunakan. Bagi tujuan penggunaan tenaga pula, ia diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Setiap peralatan yang dinilai akan diberi bintang bagi penggunaan tenaganya. Seperti contoh barangan yang mempunyai lima bintang adalah paling menjimatkan elektrik. Harga semestinya akan mahal sedikit tetapi ia dapat mengurangkan kos elektrik.

Cabut wayar kuasa perkakas elektrik

Jika kita tidak menggunakan barangan tersebut korang kena terus cabut wayar dari ‘plug’ kerana apabila ia masih terlekat terdapat aliran elektrik juga yang berjalan. Dan pastikan kita cabut sejurus habis menggunakannya.

Penggunaan penghawa dingin

Alatan elektrik ini adalah antara yang paling lama digunakan pada setiap kediaman mahu pun tempat perniagaan. Dengan itu, kita boleh tidak mengurangkan penggunaan bagi tujuan penjimatan tetapi boleh menjimatkan. Contohnya kita buka penghawa dingin dalam mood ‘dry’ dan biarkan pada suhu minima 23 atau 24 darjah. Dan sebolehnya kurangkan kadar menghidupkan dan mematikan alat tersebut. Jika ingin membukanya, kita buka sehingga habis penggunaan kerana jika hidup dan matikan semula dengan kerap ia akan menggunakan tenaga elektrik dengan banyak dan kuat.

Selamat mencuba semua!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.