Bahulu lapis juadah berzaman

Food
3 May 2022 • 12:31 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Kepelbagaian menu perayaan tidak disangkal lagi dalam masyarakat di Malaysia. Setiap hidangan yang dihidangkan tentu membuka selera kepada tetamu.

Aidilfitri kali ini bertambah meriah dengan hidangan tradisi bahulu lapis. Biarpun kaedah pembuatannya agak lama, namun keenakan bahulu tersebut tidak berubah dari zaman ke zaman.

image is not available

Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, keluarga Hamzah Jahit akan berkumpul bersama-sama bagi menyediakan bahulu lapis ini.

Pada kebiasaanya, bahulu lapis ini akan disediakan seminggu sebelum menjelangnya hari raya, supaya kualiti bahulu tersebut kekal asli.

Dalam memastikan kualiti bahulu lapis tahan lama, kaedah pembuatannya dilakukan secara tradisional seperti bakar menggunakan arang dan sabut kelapa, menjadikan aroma bahulu tersebut wangi.

image is not available

“Selalunya seminggu atau dua tiga hari sebelum hari raya, saya akan berkumpul bersama adik-beradik yang lain, untuk membakar bahulu lapis,

“Kita bakar menggunakan arang dan sabut kelapa, supaya kualiti bahulu lapis ini tahan lama, serta kita akan kawal api arang tersebut supaya tidak terlalu kuat dan perlahan untuk memastikan bahulu dibakar dengan sekata sehingga masak,” katanya.

Tambahnya lagi, resepi bahulu lapis ini merupakan resepi turun temurun yang diperolehi daripada arwah ibunya sendiri, dan dijadikan sebagai tradisi setiap tahun untuk membakar bahulu.

Penyediaan bahulu lapis ini tidak begitu sukar, hanya memerlukan tepung, telur, pewarna dan jem nenas.

image is not available

Masa yang diambil bagi menyiapkan sebiji bahulu lapis lebih kurang 60 minit untuk mendapatkan 5 lapisan bahulu lapis.

Tempoh masa yang diambil bagi menyiapkan 12 biji bahulu lapis, adalah dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

image is not available

Menurutnya, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhwah diantara seluruh ahli keluarga disamping dapat beri pendedahan pada anak cucu masa kini kaedah tradisional pembuatan bahulu lapis.

The post Bahulu lapis juadah berzaman first appeared on UMMAHToday.