“Malu Orang Tengok” – Tular Video Berebut ‘Fast Food’ Di Rumah Terbuka, Netizen Persoal Sikap Penganjur

30 May 2022 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan keadaan dan situasi di sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan pada hujung minggu yang lalu.

Video tersebut menjadi buah mulut netizen berikutan suasana kecoh yang berlaku akibat perebutan makanan ringan ‘fast food’ yang disediakan penganjur untuk tetamu yang hadir.

Dalam hantaran tersebut, orang ramai dilihat bergasak dan berebut bagi mendapatkan sekotak ‘fast food’ yang diberikan percuma.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan penganjur yang sepatutnya lebih baik dalam mengawal tetamu yang hadir.

Kata netizen, penganjur sepertinya ‘seronok’ melihat orang ramai berebut seperti demikian dan tidak beratur malah menimbulkan kekecohan pula.

image is not available

Sumber : TikTok  

Selain itu, ada juga yang merasakan tetamu yang hadir dan ‘mampu’ untuk membeli makanan ringan itu sendiri tidak perlulah ‘join’ untuk bergasak seperti itu.

“Astagfirullah, tak tahu nak kata apa. Yang berebut tu balik pakat tengok video ni ramai-ramai. Nilaikan sendiri, aku pulak yang malu.” komen seorang netizen.

image is not available 4 jam lalu

"Pembunuh Dalam Diam" - Wanita Kongsi Saat Cemas Selamatkan Anak Dari Keracunan Karbon Monoksida