Selangor, Tokyo setuju kukuh hubungan dua hala, kebudayaan

11 May 2022 • 8:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan kebudayaan antara Selangor dan Tokyo menerusi penganjuran pelbagai acara.

Amirudin berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di pejabatnya di sini, hari ini.

“Saya amat berbesar hati menerima kunjungan Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko dan ia memberi peluang untuk kami membincangkan pelbagai isu semasa tempatan dan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan hubungan kebudayaan dengan penganjuran pelbagai acara dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Selain itu, beliau berkata walaupun Selangor dan wilayah Tokyo dipisahkan oleh Laut China Selatan serta Lautan Pasifik, masih terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya.

“Antaranya sebagai hab ekonomi penting negara selain cabaran dalam berdepan dengan bencana alam dan perubahan iklim serta peningkatan jumlah warga tua,” katanya.

Amirudin berkata, beliau turut berkongsi pendekatan yang dilaksanakan oleh Selangor untuk mengurangkan kesan perubahan iklim termasuk pelan jangka panjang bagi memastikan negeri ini terus berdaya saing untuk rakyat dan golongan peniaga.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved