Hujan lebat: Dua keluarga di Pontian dipindahkan ke PPS

4 May 2022 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Sebelas individu daripada dua keluarga di Kampung Sri Gambut di Pontian dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pagi Rabu selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya pada jam 9.30 pagi.

"Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 3.30 pagi tadi telah mengakibatkan beberapa rumah di Kampung Sri Gambut dinaiki air.

image is not available

"Keadaan cuaca di kawasan berkenaan masih mendung dan pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan di kawasan berisiko dilakukan dari masa ke masa,” katanya.

Bagaimanapun, Sekretariat JPBD Pontian memaklumkan tiada laporan kemalangan jiwa direkodkan setakat ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved