
RANAU: Pengertian sebenar sambutan Pesta Menuai atau Kaamatan tahun ini amat bermakna terutama bagi kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) selepas dua tahun perayaan itu tidak disambut secara fizikal.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, Kaamatan diraikan masyarakat KDMR sebagai tanda kesyukuran atas tuaian padi yang baik dan mengenang pengorbanan Huminodun yang menyelamatkan rakyatnya daripada bencana.
