(Video) Lelaki Seronok Dapat Bawa Balik Baju Dalam Jiran Wanita Tanpa Sedari Aksi Dirakam CCTV

29 May 2022 • 8:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Facebook

Kecoh di media sosial bila tersebar rakaman video seorang lelaki ‘kantoi’ mencuri baju dalam di ampaian yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.

Dalam video itu, seorang lelaki berpelitup muka telah memasuki kawasan rumah berkenaan dan mendekati ampaian kain sebelum mengambil sehelai baju dalam yang disidai. Lelaki itu kemudian cepat-cepat melarikan diri tanpa menyedari ada CCTV yang sedang merakam aksinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seriau kerana masih ada yang berani melakukan perbuatan itu dan seolah-olah tidak takut akan undang-undang.

image is not available

Ada juga yang meninggalkan pesanan agar orang ramai khususnya kaum wanita untuk segera mengangkat jemuran dan tidak membiarkan semalaman di luar bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

Ini berikutan ramai yang bimbang jika baju-baju yang dicuri itu digunakan untuk perkara yang tidak elok. Risau la kan macam-macam sekarang ni..

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media