(VIDEO) “Bahaya Dah Macam Dalam Movie” – Lelaki Berpaut Belakang Lori Tangki, Disyaki Hidap Masalah Mental

Entertainment
10 May 2022 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook, satu hantaran video yang memaparkan seorang lelaki yang melakukan aksi ‘lagak ngeri’ dengan berpaut pada bahagian belakang lori tangki.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki itu kemudiannya terjatuh selepas sejauh kira-kira tiga kilometer berpaut pada lori tersebut dan hampir dilanggar kenderaan lain.

Menurut laporan Utusan, akibatnya lelaki berusia 39 tahun itu mengalami luka di bahagian atas mata kiri dan kecederaan di tangan kiri serta kaki kanan.

image is not available

Pemandu lori tidak menyedari ada orang berpaut pada lorinya sehinggalah video tular di laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, lelaki berkenaan dipercayai mempunyai masalah mental.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai respon pada video berkenaan dan risau tentang keselamatan lelaki itu.

Bahaya dah macam dalam movie. – Netizen.

“Dia ingat boleh turun macam tu je ke lori tengah begerak,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 jam lalu

(VIDEO)”Tak Terfikir Kat Situ…”- Lelaki Buntu Cari 'Remote Control' TV Hilang Ketika Tetamu Beraya, Rupa-Rupanya..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved