
PENAMPANG: Pertandingan menyediakan masakan tradisi Sabah adalah antara inisiatif untuk mempromosi dan memperkenalkan produk makanan tempatan di bawah industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah semasa sambutan Pesta Kaamatan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata program seperti ini dapat mempromosikan produk tempatan Sabah kepada mata dunia dengan lebih komprehensif lagi.

