(VIDEO) “Nasib Baik Sempat Kunci” – Gadis Terkejut Lelaki Tak Dikenali Cuba Masuk Kereta

17 May 2022 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Emma Zack yang berkongsi detik kejadian mencemaskan yang dilaluinya.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang lelaki yang tidak dikenali telah menghampiri kenderaan yang dinaikinya lalu mencuba untuk membuka pintu.

Difahamkan, wanita yang sedang bersendirian di dalam kereta itu berasa lega kerana sempat mengambil tindakan pantas dengan mengunci kereta.

image is not available

Nasib baik aku sempat kunci dia nak masuk dalam kereta weh. Ahh ghisau.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 61.8K tanda suka, 2.1K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut sekaligus menitip pesan kepada para pemandu wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati.

Next time siapa jadi macam ni tekan hon lama-lama. – Netizen.

Sebab tu kalau husband pergi mana-mana ke, tinggal sorang dalam kereta memang saya kunci dari dalam, takut jadi macam ni la,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

"Tak Hormat Perempuan Langsung!" - Sengaja Lap Kaki Pakai Tudung, 'Youtuber' Popular Dikecam Netizen