Operasi Kaunter Permohonan Pasport Di UTC Dilanjutkan Hingga 10 Malam

23 May 2022 • 6:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Semua pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula Rabu ini (25 Mei) bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun, pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang kerana jumlah permintaan PMA masih rendah.

“Pemanjangan waktu operasi UTC ini adalah tambahan kepada waktu operasi pejabat-pejabat pengeluar PMA yang dibuka sehingga pukul 10 malam dan hari Sabtu, seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai juga diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam portal rasmi dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen bagi mengelak berlakunya kesesakan di kaunter PMA khususnya di waktu pagi. - Bernama