“Halus Je” – Lelaki Terkejut ‘Order’ Set Roti Bakar Dekat Kopitiam Terkenal, Sekali Inti ‘Ciput’

23 May 2022 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan berita harga barang yang semakin meningkat serta rungutan rakyat mengenai isu ini.

Susulan daripada peningkatan harga barang mentah seperti tepung dan sebagainya, kos yang perlu dikeluarkan setiap orang untuk membeli makanan ataupun mengisi minyak pada kenderaan juga naik dan membebankan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana.

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang warga maya di Facebook mengenai makanan yang dibelinya di sebuah restoran kopitiam terkenal telah mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, individu itu memesan set roti bakar dengan kaya dan juga mentega namun apa yang dia dapat hanyalah *kekecewaan*.

image is not available

Sumber : Facebook  

Manakan tidak, jumlah ataupun ‘portion’ mentega bersama roti bakar itu sangat sedikit dan tidak memuaskan hati sesiapa yang melihatnya!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan restoran berkenaan yang dianggap ‘kedekut’ kepada pelanggan mereka.

Kata netizen, sudahlah harga set roti bakar itu mahal, malah keadaan hidangan juga sangat tidak memuaskan.

image is not available

Sumber : Facebook  

Dalam pada itu, warga maya juga merasakan kadar kenaikan harga barang mentah tidak ‘menghalalkan’ pengusaha restoran untuk menyediakan hidangan yang dijual secara ala kadar saja kepada pengguna.

“Rupa roti dah sama macam iklan di buku menu!” tegur salah seorang pengguna Facebook.

image is not available 5 jam lalu

“Nasib Tak Bisa” - Digigit Ular Sawa Ketika Buang Air Besar, Perkongsian Pemuda Ini Buat Netizen Cuak