Waspada ancaman Leeds: Tuchel

Football
10 May 2022 • 11:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN Chelsea diingatkan supaya berwaspada dengan ancaman yang akan diberikan Leeds United ketika bertandang ke Elland Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata, beliau percaya Leeds akan menampilkan aksi yang lebih baik memandangkan pasukan kendalian, Jesse March ketika ini sedang bertarung bagi mengelakkan penyingkiran daripada saingan EPL.

“Saya percaya perlawanan menentang Leeds ini akan lebih sukar berbanding ketika bertemu Wolves sebelum ini. Ini kerana Leeds akan buat apa sahaja bagi mengelakkan pasukan mereka daripada tersingkir.

“Jadi saya harap pemain-pemain akan beri tumpuan penuh dan memperbaiki prestasi mereka. Keciciran mata hanya akan mengurangkan peluang kami untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea kini berada di tangga ketiga selepas mengumpul 67 mata daripada 35 perlawanan.

EPL kini hanya tinggal tiga perlawanan lagi, Arsenal dan Tottenham berpotensi untuk beraksi di pentas UCL sekiranya Chelsea keciciran mata dalam kesemua baki aksi musim ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved