Jauhi Sungai Rugading

11 May 2022 • 12:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Orang ramai dinasihat supaya tidak menghampiri kawasan Sungai Rugading di sini selepas tumpahan bahan kimia dikesan berlaku di sungai itu lewat petang Isnin lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata alat pengesan hazmat telah mendapati wujud bahan sisa berjadual dalam larutan air sungai itu.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada 6.34 petang sebelum sepasukan anggota dikerah ke kawasan sungai itu.

“Walaupun bacaan bahan kimia dalam air sungai adalah pada paras PH 6.8 atau neutral tetapi jika berlaku lagi tumpahan bahan kimia itu, mungkin boleh jadi lain, oleh itu hari ini kita tidak isytiharkan ia adalah selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Misran berkata pasukan bomba bersama-sama agensi lain turut melakukan pemantauan di sekitar Sungai Rugading dan Jabatan Kimia mengambil sampel air di dua lokasi untuk dianalisis.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar Sabah memasang tiga peralatan khas untuk menyekat dan mengurangkan kadar pencemaran bahan kimia di tiga lokasi di Sungai Rugading,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat pembuangan sisa kimia ke dalam sungai itu agar membuat laporan kepada pihak berwajib.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.