“Polis Suruh Cuci Bahan Bukti” – Budak 9 Tahun Diperkosa, Ahli Politik Didakwa ‘Offer’ Duit Untuk ‘Tutup Mulut’

24 May 2022 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bukan sahaja melakukan perbuatan terkutuk tetapi juga tergamak ‘sogok’ wang ringgit supaya mangsa ‘kunci’ mulut tentang apa yang berlaku.

Seorang ahli politik di negara seberang didakwa telah menawarkan 500,000 Rupiah atau RM150 kepada seorang gadis yang telah menjadi mangsa rogol guru silat.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Jawa Tengah, Indonesia dan mangsa berusia 9 tahun telah diperkosa pada dua tahun lalu.

Difahamkan, suspek masih hidup bebas ketika ini di kawasan kejiranan yang sama dengan keluarga mangsa.

Bukan itu saja, portal tempatan melaporkan bapa mangsa kecewa kerana keadilan belum ditegakkan untuk anaknya sehingga hari ini.

Saya cuba menuntut keadilan sehingga pernah ditawarkan wang tunai daripada ahli politik untuk menutup kes rogol tersebut.”

image is not available

Menurutnya lagi, pihak polis pernah mengarahkannya untuk mencuci barang bukti seperti tikar dan kain lap sisa sperma suspek.

Sampai sekarang masih jadi pertanyaan ke mana barang bukti itu sehinggalah saya disuruh mencucinya di hadapan anggota polis.”

Suspek juga dikatakan pernah mengganggu ibu bapa remaja wanita itu sehingga mereka sekeluarga terpaksa bersembunyi di hutan selama sehari.

image is not available 2 hari lalu

"Masuk Bilik, Raba Tubuh" - Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah