Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka

Digital
23 May 2022 • 2:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Qualcomm telah mengumumkan versi "refreshed" kepada cip flagship mereka iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Sebelum pelancarannya, ramai yang berspekulasi, temasuklah saya, yang ia hanya menampilkan peningkatan pada clockspeed, berdasarkan norma terdahulu. Namun, semuanya silap belaka kerana cip kali ini membawakan naik taraf yang agak unik.

image is not available

Cip ini kali ini masih mengekalkan binaan asal, tapi pengeluarnya cip ini telah ditukar. Pertama kali dalam sejarah Qualcomm untuk mengambil langkah seperti ini. Qualcomm telah memindahkan tempahan daripada Samsung kepada TSMC dan pada masa yang sama membawakan naik taraf biasa mereka bawakan pada cip "plus". Snapdragon 8+ Gen 1 menggunakan servis penghasilan TSMC 4nm, sama seperti Dimensity 9000.

image is not available

Ada dua perkara yang ingin dirungkaikan Qualcomm, menurut penganalisis. Yang pertama adalah kelemahan proses 4nm Samsung yang menyebabkan cip-cip yang dikeluarkan oleh Samsung sukar untuk bersaing dengan cip TSMC. Kemudian, Qualcomm turut ingin memberikan saingan kepada Dimensity 9000 yang setakat ini menerima reaksi positif daripada orang ramai.

image is not available

Berbanding Snapdragon 8 Gen 1, 8+ Gen 1 10% lebih pantas. Clockspeed cip ini dipertingkat untuk kesemua kluster, daripada kluster prestasi tinggi hinggalah kluster jimat tenaga. GPU juga dikhabarkan 10% lebih baik tapi dalam masa yang sama 30% lebih cekap tenaga.

Masih belum diketahui telefon manakah yang akan gunakan cip ini. Namun, Qualcomm memberikan gambaran seawal Julai 2022. Anda boleh baca tentang lebih lanjut tentang Snapdragon 8+ Gen 1 di sini.

Bacaan berkaitan