EXCO: Sambut Aidiladha, lebih RM5 juta dibelanja agih 1,000 lembu, 660 kambing

11 May 2022 • 10:32 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM5 juta untuk sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

EXCO Permodenan dan Asas Tani Ir Izham Hashim berkata jumlah itu membabitkan pengagihan 1,000 ekor kambing dan 660 ekor lembu.

“Tahun lalu kita agih kambing dan sambutannya menggalakan jadi kita teruskan tahun ini dengan 1,000 ekor dengan berat minima 35 kilogram (kg) seekor. Lembu pula 660 ekor dengan berat minima 250 kg.

“Sumbangan itu akan diagih kepada wakil rakyat, masjid dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Pihak masjid tidak perlu memohon kita akan serah nanti.

“Namun bagi NGO dan surau mereka perlu membuat permohonan jika mahu melaksanakan ibadah korban. Kita akan uar-uarkan perkara itu nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Tahun lalu, sebanyak RM5.05 juta diperuntuk bagi sumbangan korban dan ditaja sembilan anak syarikat Kerajaan Negeri.