2,425 Pelajar Terjejas, 8 Sekolah Dinaiki Air Di 3 Daerah

10 May 2022 • 12:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Laluan menuju ke SK Kuala Tomani terputus akibat banjir.

KOTA KINABALU - Seramai 2,425 pelajar terjejas selepas lapan sekolah dinaiki air di tiga daerah di sini, sejak semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, ia membabitkan sebuah sekolah menengah manakala selebihnya sekolah rendah di Beaufort, Tenom dan Penampang.

"Antara sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Bakau di Beaufort.

"Turut ditenggelami air ialah SK Gumisi, SK Ladong Sapong, SK Inubai dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Syn di Tenom," katanya.

image is not available
SJKC Yuk Syn ditenggelami air.

Sementara itu, kerja pembersihan sedang giat dilakukan di SK Tombovo, Penampang yang ditenggelami banjir kilat, semalam.

Menurut Dr Mistirine, selain ditenggelami air, pihaknya turut menerima aduan bahawa jalan raya menuju ke SK Kuala Tomani, Tenom, terputus selepas berlaku tanah runtuh yang serius di situ.

"Semua sekolah yang dilanda banjir akan ditutup sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

“Sesi pembelajaran akan dilakukan secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sehingga sekolah dibuka kelak," katanya.

Selain tiga daerah tersebut, banjir turut dilaporkan berlaku di beberapa daerah lain semalam termasuk Papar dan Lahad Datu berikutan hujan lebat. – Getaran, 10 Mei 2022