AMD Ryzen 6000 “Mendocino” diperkenal sebagai solusi untuk laptop bawah RM3,000

Digital
24 May 2022 • 11:14 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seiring dengan AMD siri Ryzen 7000 untuk desktop, AMD turut mengumumkan AMD Ryzen 6000 "Mendocino".

Mendocino adalah solusi AMD untuk sebuah laptop bajet. Mereka mensasarkan untuk digunakan pada laptop bawah USD700 (~RM3,000). Jadi bolehlah anda jangkakan yang ia adalah laptop untuk kegunaan kasual, pejabat, dan bukannya gaming.

image is not available

Pengeluarnya tidak mengumumkan sebarang SKU yang akan masuki pasaran sebaliknya mereka telah kongsikan beberapa maklumat penting. Contohnya, CPU ini menggunakan seni bina Zen 2 untuk menempatkan sebanyak 4 teras pengkomputeran dan 8 bebenang pemproses.

Di bahagian GPU, ia menggunakan RDNA2 bagi menggantikan Vega yang sudah berusia. Unit kawal selia memori AMD Mendocino menyokong LPDDR5 bagi memaksimumkan penjimatan tenaga. Kesemua pakej ini dibangunkan menggunakan servis 6nm dariapda TSMC.

Daripada spesifikasi-spesifikasi teknikal yang dikongsikan, ramai penganalisis mengatakan yang CPU ini adalah varian kepada AMD Aerith yang digunakan pada Steam Deck.

Laptop yang diperkasa AMD Ryzen 6000 Mendocino dijangka akan memenemui pengguna seawal Oktober 2022.

Bacaan berkaitan