Sultan Selangor seru rakyat patuh SOP, sambut Aidilfitri norma baharu

2 May 2022 • 6:25 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SHAH ALAM : Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Selangor.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah, meskipun rakyat telah dibenarkan kembali menziarahi sanak saudara dan meneruskan budaya kunjung-mengunjung, namun beberapa SOP masih lagi dikuatkuasakan.

“Baginda dan Tengku Permaisuri berharap agar sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat diraikan dalam suasana yang meriah dan harmoni dengan norma-norma baharu,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, baginda turut ingin menasihatkan umat Islam khususnya yang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalanraya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved