Pelayar Web DuckDuckGo Tidak Selamat Seperti Disangka – Membenarkan Penjejak Microsoft

TechnologyDigital
25 May 2022 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DuckDuckGo merupakan salah satu perkhidmatan yang hadir dengan mengatakan mereka memfokuskan kepada privasi, dan tidak membenarkan sebarang penjejak menjejaki aktiviti pengguna.

Apa pun, perkara berkenaan dilihat tidak tepat sepenuhnya. DuckDuckGo dilihat menghalang penjejak daripada Facebook dan juga Google, tetapi membenarkan penjejak daripada Microsoft terus berjalan.

Ini sekaligus membenarkan penjejak dibawah Microsoft seperti milik LinkedIn dan juga Bing terus menjejak dan membentuk awanan dan data pelayaran pengguna.

CEO DuckDuckGo mengesahkan perkara ini, mengatakan mereka mempunyai kerjasama dengan Microsoft untuk tujuan berkenaan.

Ia dikatakan perkara ini hanya untuk pelayar web DuckDuckGo sahaja, sementara enjin carian mereka menghalang penjejak secara menyeluruh.

Walaupun kerjasama seperti ini mungkin biasa, tetapi ramai mempersoalkan kenapa pihak DuckDuckGo jujur dan menyatakan ia secara terbuka kepada pengguna mereka sebelum ini, sehingga dikenal-pasti oleh salah seorang pengkaji sekuriti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved