Dadah: Mahkamah Rayuan Singapura bebaskan rakyat Malaysia

28 May 2022 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SINGAPURA - Dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah kerana mengedar dadah termasuk seorang rakyat Malaysia dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada Jumaat, lapor media tempatan.

Akhbar The Straits Times melaporkan, panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Sundaresh Menon membenarkan rayuan warga Singapura, Raj Kumar Aiyachami, 40, atas sabitan bersalah dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu menyatakan mahkamah turut membebaskan warga Malaysia, Ramadass Punnusamy, 41, atas sabitan bersalah dan hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan.

Rayuan kedua-dua lelaki itu berkisar terhadap isu sama ada mereka tahu mengenai dadah terbabit, lapor akhbar dalam talian itu.

Pasangan itu dituduh berkait dengan sebuah beg dadah mengandungi tidak kurang daripada 1.875 kanabis.

Memetik peguam Ramadass, Eugene Thuraisingam, laporan itu menyatakan, pas sementara untuk Ramadass berkemungkinan sedang diaturkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen kerana pas masuknya ke negara itu sudah pun luput. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved